Monday 30 December 2013

Ujian Kerjaya

3 Tempat Uji Kerjaya Masa Depan !


Khas untuk pelajar Lepasan SPM 2011, pasti ramai yang buntu untuk memilih kerjaya bagi masa depan korang. Masing-masing mesti nak masa depan yang cerah dan mampu bahagiakan keluarga sendiri, tak kan ada yang nak duduk tepi jalan pastu hulur songkok.. berharap agar ada orang isi 20sen dalam tu.
Semua nak kerjaya yang mampu menjana wang segera dan mudah.. Betul tak? Tapi korang pasti ke kerjaya yang bakal peroleh atau yang sedang korang lalui tu adalah yang terbaik tuk diri korang? Atau pilih hanya berdasarkan desakan family.
Aku di sini, nak bagitau, ada 3 tempat best korang boleh uji Kerjaya Masa Depan, namanya Career Test. Dengan korang menjalankan beberapa test uji, maka boleh dapat nilai sebenarnya korang boleh jadi apa untuk masa depan…paling kurang pun dapat tahu la diri sendiri tu.
Tapi ujian kerjaya  (career test) ni bukan la penentu segalanya, mungkin boleh jadi salah satu batu loncatan untuk pemilihan bidang masa depan..atau pun, nak test suka-suka pun takde hal. Tiada siapa halang, kerana semua free..percuma!!
Rasanya tak perlu tutorial untuk nak uji Kerjaya Masa Depan ni, korang hanya perlu klik.. tekan..tekan, pastu terus dapat result.. tak perlu tunggu hingga bulan 3 untuk amik result cam SPM. Hehe.
Pilih la mana-mana yang korang suka, pastu test la sendiri ye.. Nak kongsi markah korang kat komen tu pun takde hal la..
Selamat mencuba!