Monday, 30 December 2013

Ujian Kerjaya

3 Tempat Uji Kerjaya Masa Depan !


Khas untuk pelajar Lepasan SPM 2011, pasti ramai yang buntu untuk memilih kerjaya bagi masa depan korang. Masing-masing mesti nak masa depan yang cerah dan mampu bahagiakan keluarga sendiri, tak kan ada yang nak duduk tepi jalan pastu hulur songkok.. berharap agar ada orang isi 20sen dalam tu.
Semua nak kerjaya yang mampu menjana wang segera dan mudah.. Betul tak? Tapi korang pasti ke kerjaya yang bakal peroleh atau yang sedang korang lalui tu adalah yang terbaik tuk diri korang? Atau pilih hanya berdasarkan desakan family.
Aku di sini, nak bagitau, ada 3 tempat best korang boleh uji Kerjaya Masa Depan, namanya Career Test. Dengan korang menjalankan beberapa test uji, maka boleh dapat nilai sebenarnya korang boleh jadi apa untuk masa depan…paling kurang pun dapat tahu la diri sendiri tu.
Tapi ujian kerjaya  (career test) ni bukan la penentu segalanya, mungkin boleh jadi salah satu batu loncatan untuk pemilihan bidang masa depan..atau pun, nak test suka-suka pun takde hal. Tiada siapa halang, kerana semua free..percuma!!
Rasanya tak perlu tutorial untuk nak uji Kerjaya Masa Depan ni, korang hanya perlu klik.. tekan..tekan, pastu terus dapat result.. tak perlu tunggu hingga bulan 3 untuk amik result cam SPM. Hehe.
Pilih la mana-mana yang korang suka, pastu test la sendiri ye.. Nak kongsi markah korang kat komen tu pun takde hal la..
Selamat mencuba!

Ujian Minat Kerjaya RIASEC Holland

Anda ingin mencuba meneliti apakah bidang kerjaya yang sesuai dengan anda?.
Cubalah RIASEC,,,ujian online klik disini
Untuk lakukan Ujian SDS manual, sila jumpa kaunselor anda.....
Selepasa anda membuat ujian Online dan mendapat kod 3 mata anda, cuba anda lihat Di SINI bagi antara jenis pekerjaan yang sesuai untuk anda. Gunakan Kod yang paling tinggi markahnya....
TAFSIRAN RIASEC
1. Realistik (Realistic)
Berkemahiran dalam athletic dan mekanikal. Mereka ini suka bekerja dengan objek, mesin, peralatan, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Juga berminat bekerja di dalam situasi out door berbanding di dalam pejabat
 
2. Siasatan (Investigative)Mereka ini biasanya amat berminat dengan pemerhatian, mempelajari, menyelidik, menganalisa, menilai dan menyelesaikan masalah melalui penyelidikan serta berkamahiran dalam bidang saintifik dan matematik serta meminati kerjaya-kerjaya bercorak teknikal baca perincian
3. Kesenian (Artistic)
Mereka yang berada di kelompok ini memiliki kebolehan kesenian, sangat kreatif dan berinovasi. Juga mempunyai kebolehan intusi dimana suka bekerja di dalam situasi tidak atau kurang berstruktur. Dalam ertika “bebas” kerana tidak minat dan tidak suka bekerja di dalam keadaan yang rutin atau berulang-ulang. Sentiasa menggunakan daya imiginasi dan daya kreativiti.
 
4. Sosial (Social)
Mereka ini juga suka bekerja dan beinteraksi sesama manusia. Suka memberitahu, menolong, melatih, memperkembang, mengubati dan membuat kerja-kerja kebajikan untuk orang lain. Berkemahiran menggunakan tutur kata serta mahir dalam komunikasi dan mempunyai matlamat, terutamanya adalah membuat kebajikan.
 
5. Berdaya Usaha (Enterprising)
Mereka ini amat suka dan minat bekerja dan berinteraksi sesama manusia. Berminat dalam mempengaruhi, mengarah, memimpin dan menguruskan orang lain juga mahir dalam memanipulasi. Namun matlamatnya adalah bagi mencapai keuntungan organisasi dan keuntungan ekonomi. 
 
 
6. Konvensional / Kelaziman (Conventional) 
Suka bekerja dengan data dan nombor. Mereka ini mempunyai kemahiran dalam bidang perkeranian serta mempunyai kebolehan dam kemahiran dalam menggunakan nombor dan melakukan sesuatu secara terperinci, bersifat akur dan mengikut arahan. 
 
 
Nuffnang Ads
 
 
 
 
 
 
 
LANGKAH 1 : MENGENALI DIRI ANDA
Melalui fasa ini pelajar perlu mengenali kekuatan dan kelemahan diri serta potensi yang dimiliki. Penekanan kepada minat kerjaya, nilai kerjaya dan pencapaian . Terdapat 3 ujian psikologi yang boleh membantu anda mengenali diri anda iaitu " Self Directed Search "( SDS ), Inventori Personaliti Sidek ( IPS ) dan Inventori Nilai Pekerjaan Sidek ( INPS ). Manakala bagi mengenalpasti pencapaian, pelajar boleh menggunakan keputusan peperiksan PMR dan mata pelajaran matematik dan sains sangat diberikan perhatian.. Melalui ujian " Self Directed Search " ( SDS ) yang diperkenalkan oleh Holland telah dialih bahasa oleh Dr. Sidek Mohd. Noah merangkumi 6 bidang minat iaitu Realistik ( R )Investigatif ( I )Artistik ( A )Sosial ( S ),Enterprising ( E ) dan Conventional ( C ). Melaluinya anda boleh memahami bidang yang bersesuaian dengan anda. Misalnya, jika anda termasuk dalam kumpulan minat Realistik ( R ) maka kerjaya bidang Kejuruteraan adalah bersesuaian dengan anda, manakala minat kerjaya Convensional ( C ), kerjaya sebagai Akauntuan atau Juru akaun adalah bersesuaian dengan anda. Melalui kajian yang dilakukan, minat kerjaya mempunyai hubungan dengan pencapaian dan kepuasan kerja. Oleh yang demikian pelajar dinasihatkan untuk menjalankan ujian - ujian di atas di sekolah masing - masing terlebih dahulu sebelum membuat keputusan,
LANGKAH 2 : TEROKA PELUANG ANDA
Langkah berikutnya akan membawa anda meneroka pilihan dan peluang yang ada. Peringkat ini memerlukan anda mendapatkan pelbagai jenis maklumat berkaitan dengan bidang minat kerjaya anda. Misalnya anda berada dalam kumpulan minat kerjaya Realistik ( R ), maka apakah kerjaya kumpulan tersebut. Memahami bidang dan sub bidangnya. Memahami perbezaan diantara 3 bidang kejuruteraan, Mekanikal, Awam dan elektrikal. Mengenalpasti kerjaya dalam kumpulan kejuruteraan Awam seperti Juru Ukur Tanah, Arkitek, Pengurus Bangunan ataupun pegawai penilai hartanah. Pelajar boleh menggunakan kemudahan internet " Maklumat dihujung jari " bertujuan untuk memahami bidang kerjaya tersebut. Bila menyebut memahami, bermaksud anda dapat mendefinisikan bidang kerjaya yang dipilih, deskripsi tugas, cabaran, pendidikan lanjutan , persekitaran kerja dan pelbagai kreteria lain yang dapat memotivasikan anda untuk meminati bidang kerjaya tersebut.
LANGKAH 3 : MEMBUAT KEPUTUSAN
Langkah ke 3 , memerlukan anda membuat keputusan pekerjaan pilihan anda. Setelah selesaikan mendapatkan maklumat berkaitan dengan pekerjaan tersebut. Sila senaraikan seberapa banyak jenis pekerjaan yang bersesuaian dan menarik minat anda. Misalnya anda telah memilih 40 jenis pekerjaan yang bersesuaian dengan kod 3 mata Holland yang diperolehi melalui ujian " Self Directed Search ", dan anda telah membuat penelitian mengenai setiap pekerjaan tersebut. Kemudian anda hendaklah menyenarai pendek daripada 40 jenis pekerjaan kepada 10 jenis pekerjaan. Pemilihan dibuat berdasarkan syarat kursus, prospek kerjaya, peluang melanjutkan pelajaran, kos , minat dan potensi. Susunkan 10 jenis pekerjaan mengikut keutamaannya. Kelaskan pekerjaan tersebut mengikut kursus yang ditawarkan.
LANGKAH 4 : TERUSKAN
Langkah ini merupakan langkah terakhir. Setelah membuat pengkelasan kursus barulah anda kenalpasti kursus pilihan yang bersesuaian dengan minat dan pencapaian anda dalam peperiksaan PMR